background

26 August 2012

hubungan yang takkan terputus

assalam..

tahun nie raya ke lima aku dah gerak ke kl nak beraya ke rumah bekas mertua  aku..pakej 3 hari 2 malam..

walaupun dah bertukar status dari mak mertua kepada bekas mak mertua tetapi layanan dia terhadap aku sangat superb sama macam dulu2..aku memang respect giler kat mertua aku nie sebab diorang mmg pandai ambil hati anak menantu dan sporting habis..

aktiviti bertandang beraya ke rumah sedara tetap berjalan seperti tahun2 dulu,walau aku kini berstatus bekas menantu,dia tetap sudi bwk aku beraya ke rumah sedara2..

kalau ikutkan hati aku memang nak stay lama sikit rumah mertua aku tapi disebabkan ayah aku masuk hospital jadik aku buat keputusan untuk menyingkatkan lawatan aku nie

hari aku balik bapak mertua aku masakkan nasik ayam..khas untuk mimi katanye..lepas tue bermacam macam yang dibungkuskan utk aku..tempoyak,daun kunyit,serai,cili merah,kunyit,ulam raja..dah macam baru balik dari kebun pulak aku nie...mak mertua aku pulak dibungkuskan 5 balang biskut raya handmade tau..dan paling best my fav cake....chocolate cake

aku memang terharu sangat dengan layanan diorang  terhadap aku walaupun aku hanya bekas menantu

sebelum balik bapak mertua aku pesan...janganlah nak tunggu raya baru datang sini...aku mengangguk je..mak mertua aku pulak pesan..pindahlah kl  balik nanti boleh teman ibu macam dulu2 tue..aku nampak mata dia berair...aku cuma mampu peluk dia ..dan sempat dia beritahu .... janganlah putuskan hubungan ini..