background

31 March 2012

Filem Jangan Pandang-Pandang

Aku baru je nengok filem Jangan Pandang-Pandang
Arahan Ahmad Idham
Hero - Zizan..Heroin - Sara Ali

Jalan Cerita - sekumpulan 5 orang student nak carik artifak di sebuah gua di tasik kenyir..salah seorang student tersebut ada agenda yang tersendiri..setelah dapat artifak tue berbagai-bagai gangguan dialami..sehinggalah terbongkarnye agenda jahat student yang sorang nie..

Pada aku..jalan ceritanye ringan sahaja, sama macam cerita2 lawak melayu yang lain..dan ending nye pun tak berapa "kaw" lah..

Tapi yang PENTING..kalau korang nak release tension,  bolehlah tengok citer nie
SEBAB?? dari mula sampai akhir panggung dipenuhi dengan gelak penonton
faham2 jelah kalau zizan berlakon, dengan lawak poyo dan bersahaja dia tue
boleh putuskan urat perut kita

Apa pun terpulanglah kat korang nak tengok cite apa...

MiMie PuLaK KeNa iNTeRVieW

Salam...
firstly, thanks to Cik Mieza sebab tag akak untuk segment interview nie..so, akak joint untuk support adik akak sorang nie lah..


Secondly, syarat 'interview' are as below:-
  • tidak boleh tag orang yang sama
  • pastikan mereka yang di tag tahu
  • ceritakan tentang 11 perkara tentang diri anda dalam entry ini
  • jawab semua soalan yang diberi oleh orang yang tag anda
  • buat semua 11 soalan untuk orang yang anda tag
  • letakkan semua syarat ini dalam entry anda
So, to Cik Mieza dear, this is about me...
1. minat lagu2 opick
2. tak suka kalau bilik bersepah
3. suka makan soto 
4. addict to teh tarik
5. tak suka makan kat kedai mamak
6. tido dalam suasana gelap
7. cepat melenting/marah
8. tak suka drive malam sebab silau
9. asal johor tapi tak pandai buat laksa johor
10. suka melancong tapi fulus takde
11. and lastly, penakut




Inilah pulak jawapan kepada soalan cik Mieza ;


1. Kembar : Belum ada keturunan yang kembar
2. Akak berblog untuk mengisi masa kosong yang terlalu banyak nie, untuk menulis apa yang dirasa, meluahkan perasaan, untuk tambah kenalan dan tambah ilmu
3. Anak manja? dah tak sesuai untuk akak
4. pergi oversea untuk holiday minatlah..untuk belajar..jawabnye otak dah beku
5. Tempat lahir : Johor
6. Facebook - laman web sosial paling fofularrr : setuju..bapak akak yang dah pencen pun ada facebook
7. Band One Direction : NOOOOO
8. Kucing :  X benci, X geli...tp takutttt
9.Baca Quran : malulah nak jawab
10.Tahap Rabun : tahap yang tak boleh diubati lagi
11. Dah takde bakat terpendam sebab semua dah dikeluarkan




Ok, mengikut kata cik Mieza kita nie, akak pulak kena bagi soalan ek...nak tanya apa nie..


1. Paling happy waktu umur berapa tahun? kenapa?
2. Suka bekerja ke belajar? kenapa ek?
3. artis pujaan?
4. lagu paling dekat dengan jiwa?
5. kalau tension buat apa?
6. kalau ada duit banyak, negara pertama yang ingin dilawati? Kenapa?
7. Kalau ada duit banyak jugak, benda pertama yang nak dibeli?
8. Barang yang paling disayangi?
9. Perkara yang paling malas nak dibuat?
10. Perkara yang paling ditakuti?
11. Mak kata...dah, tutup komputer tue..g solat..apa yang anda akan buat?


so..these question goes to....




Selamat ber 'inteview'..Wasalam

24 March 2012

SCAM eMAIL

Hari ni bukak yahoo mail..dapat lagi email PENIPU macam nie..rasanye dah beratus kali aku terima mesej macam nie cuma penceritaannye berbeza lah..taktik lama nieee..kepada mereka-mereka diluar sana jangan lah mudah tertipu ye..cuma ingat..BUKAN SENANG NAK KAYA tauuu..


Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan.Aishah Binti Ibrahim from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan  segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.
                
Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak Ј2,000.000.00 (Dua Juta Pounds) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.

Salam,
Puan.Aishah Binti Ibrahim. 


22 March 2012

AkU NaK TuKaR

Aku nak mintak tukar...Patut ke?
Kenapa pulak tak patut? Aku tak serasi kerja kat sini..


Tenaga aku tak digunakan sepenuhnya..kalau tempat aku tu tak diisi pun..opis xde masalah..sebab kerja aku masih boleh ditanggung sepenuhnya oleh orang lain dan beban kerja masih ringan

Aku tak selesa dengan persekitaran kerja..almaklumlah, bangunan lama, bukan aku sombong atau berlagak..tapi kesihatan aku yang tak seberapa ni memerlukan aku berada di situasi tahap kebersihan yang tinggi..dan paling penting kat mana lah korang letakkan aku nieeee???

Kawan?..ada sorang ego tinggiiiii giler..ada sorang jadik pak turut, walau tahu benda tu salah, turuttt je..ada sorang talam dua muka..diorang ni aku namakan sahabat kutuk tiga serangkai

Tugas? hahahaha..tak mencabar langsung...tak menguji minda

So, apa lagi..
malam nie kita draft surat tukar..
esok kita submitlah kat boss besau..





PIANO ke..GITAR ke..VIOLIN ke..

hhhmmmm

Last week aku dah g register kelas untuk belajar alat muzik..untuk siapa?..
untuk aku yang banyak masa terbuang nie lahh..

Masa register aku dah ckp nak belajar main PIANO
bakal cikgu aku cakap..nanti nak berlatih kat rumah susah
sebab PIANO mahal

aku kata..oklah, aku nak belajar GITAR
bakal cikgu aku cakap lagi..kalau belajar main GITAR dalam 2 bulan belajar
dah sakit jari-jarinye..

Last-last dia rekomen aku main VIOLIN
siap dia promote lagi...VIOLIN kalau nak beli pun murah
rm300 jek

Sooooo..
duit yuran dah bayar
bulan April dah nak start belajar

Tapiiiiiiiiiiii
PIANO ke?..GITAR ke?..VIOLIN ke?..

14 March 2012

Sedang Berkursus

Salam Pagi..

Sory pada kawan2/adik2..sedang dalam berkursus selama 4 hari..tak sempat nak berblogwalking..

Mode : MENGANTUK

12 March 2012

Jangan Ada Dendam

Salam buat semua..

Aku rasa ramai antara kita yang pernah alami kekecewaan dalam perhubungan, ada yang gagal dalam percintaan malah lebih teruk gagal dalam perhubungan yang telah pun diijab kabul ..Walau apa pun, jangan kerana marah kita simpan perasaan dendam kepada bekas pasangan kita..ada yang declare perang antara satu sama lain dan paling teruk pakai bomoh2 pulak semata2 nak tengok bekas pasangan kita tu "mendapat balasan setimpal"..tapi puas ke hati kita melihat penderitaan hasil daripada benda2 kotor yang kita hantar tue? tenang ke hati kita? tak ingat dengan pembalasan tuhan ke?

Tak salah kalau kita sedih dengan kegagalan tersebut, nangis tetap nangis, marah tetap marah, tetapi bukalah mata hati kita, berfikir sejenak apa pun yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..pasti Dia telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..

Aku maafkan kamu..

9 March 2012

its for me

k.ngah..uya tak tau nk ckp mcmmane..uya tak nk ckp..nnt uya sedih..ibu pun tak leh nk ckp, nnt ibu sedih..uya foward kan msg ibu ye..uya tak nk ckp tp ibu srh juga..
"salam..adek tlg brthu kak ngah...yg angah nak nikah ...bubu xleh nak beritahu....sedihhhhhhhhh..nanti x bg thu kak ngah kata ape pulak. cakap walau bagaimana pun kak ngah tetap keluarga kita..."
uyaaa...bila?
ahad nie
speechless
uya pn.. tp k.ngah tetap kakak uya..tetap anak ibu..

Tabahkan Hati Ku

Salam

Hari ni dapat berita seorang kawan selamat bersalin pukul 7 pagi tadi..Tahniah buat beliau..baby girl..aku dah hantar ucapan tahniah kat dia tadi..lepas je sent mesej tue..terus mengalir air mata ni..bukan sedih di atas kegembiraan beliau, cuma terfikir...bila lah aku sendiri nak rasa perasaan melahirkan baby..nak merasa morning sickness..merasa sakit nak bersalin..merasa naluri menjadi seorang ibu..merasa dipanggil ibu, umi, mak..

..Aku yakin setiap perkara ada hikmahnya..Ya Allah tabahkan hati ku..

8 March 2012

Kelas J Robik Untuk Orang Johor

Salam..
Esok hari jumaat..as usual, hari jumaat aku pergi kelas aerobik..kat sini aku diajar step J robik..untuk makluman kengkawan J robik atau Johor Robik ni stepnya berasaskan tarian Zapin, Silat, Tai Chi, Aikido dan Silambam...banyak jugak rutin yang perlu aku hafal..tapi takpe, kalau tak ingat step pun bukannye kena marah..kelas ni sekadar untuk aku keluarkan peluh dan having some fun setelah seminggu duk kat opis mengadap komputer..Semoga aku sihat sentiasa..Amin

For those yang tak pernah tengok J Robik aku link kan kat bawah..tapi cuma dapat part tarian Zapin je

6 March 2012

Al kisah sahabat Aku

Hari ni aku melawat seorang kawan yang kena kanser kelenjar..kawasan hospital yang sunyi pun dah buat hati aku sayu dengan penderitaan yang dialami oleh manusia-manusia yang sedang diuji oleh Allah ini..Masa kami sampai, dia sedang tido dek penangan ubat tahan sakit hospital..kawan aku ni memang sedang dalam rawatan kemo tetapi dia dah demam beberapa hari, husband kawan aku ni beritahu semalam diorang ke hospital untuk buat check up tetapi kerana badan dia terlalu lemah, dia terus pengsan depan doktor, tu yang kena tahan wad..

Sesekali, terlihat dia buka mata tapi ditutup semula, mungkin masih kuat penangan ubatnya..dalam setengah jam baru dia buka mata semula..korang tahu apa ayat yang keluar dari mulut dia..dengan lemahnya ..."eh, korang datang..korang semua sihat ke?"...Ya Allah, terus menitik air mata aku..bayangkanlah yang sakit adalah dia..tak sempat kami tanya khabar dia, dia dah tanya kami dulu..Selayaknya kawan aku ini diuji sebegini sesungguhnya dia mampu...



رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”. (al-Baqarah:286)

5 March 2012

Resipi Blueberry Muffin

Bahan-bahan
1. 250 gm tepung naik sendiri
2. 100 gm butter
3. 150 gm gula kastor
4. 2 biji telur
5. 60 ml susu segar
6. 100 gm blueberry filing


Cara buat
1. Pukul butter dan gula - x perlu kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
3. Masukkan tepung selang seli dengan gula ke dalam adunan tadi
4. Campurkan blueberry filing  ke dalam adunan
5. Masukkan adunan ke dalam cawan (isi 3/4 cawan) dan sedia untuk dibakar


Bakar dalam suhu 180c selama 20 minit


Selamat Mencuba 

4 March 2012

Kelas Asas Tarian Percuma di Johor Bahru

Salam.. 

uols tahu tak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negari Johor ada buat kelas belajar asas tarian secara percuma bermula pada 3 Mac 2012..aku dengan budak2 rumah sewa aku join kelas ni tadi..Cikgu Yus hari ni ajar kami basic step untuk joget..seronok..berpeluh-peluh dan terkial-kial jugak aku n the gang nak hafal step..nasib baik Cikgu Yus tak garang.

Oleh kerana hari ni adalah first day class, jadi tak ramai sangat yang join..orang dewasa ada 4 orang dan kanak2 dalam 9 orang..so, kepada orang2 johor yang takde apa2 aktiviti dihari ahad, bolehlah join sekali...JOM


3 March 2012

Resipi Strawberry Mousse

Base 
Strawberry Mousse
1 biji sponge kek atau biskut oreo

Filing
3 biji kuning telur
70 gm gula castor
100 ml susu segar
1 sudu kecil pes strawberry
Pewarna Merah
250 gm krim putar
2 biji buah strawberry

24 gm gelatin (pastikan jenis powder dan halalgel) dicampurkan dengan 50 ml air 
(larutkan gelatin dengan kaedah double boiler)

Strawberry sos
Blend buah strawberry dengan air dan masak atas dapur
Masukkan gula mengikut rasa manis kesesuaian anda
Pekatkan dengan tepung jagung


Cara buat :
1. Gunakan sponge cake sebagai tapak kepada mousse.
2. Di dalam mangkuk pemutar, pukul kuning telur dan gula sehingga sebati (tak perlu kembang).
3. Masukkan susu segar, pewarna dan pes strawberry. Gaul sebati.
4. Masukkan krim putar yang telah dipukul agak kental.
5. Akhir sekali masukkan gelatin dan kacau sebati.
6. Letakkan adunan diatas base kemudian sejukkan selama 3 jam.
7. Keluarkan dari peti asi dan boleh dihias dengan strawberry sos.

SELAMAT MENCUBAAA..


Aktiviti Hujung Minggu Belajar Buat Dessert

Salam..

Hari ni aku join kelas buat dessert kat Kolej Komuniti Pasir Gudang..Yuran RM10.00 dan kos bahan sebanyak RM25.00..Kelas start dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang.  
Aku dengan marjerin dan gula
Hari ni kami belajar buat 4 masakan/dessert.
i. Strawberry Mousse
ii. Baklava
iii. Creme Brulee
iv.Blueberry Muffin
Nanti aku buat entry 4 resepi di atas ye.  
Seronok gak kelas ni, disamping belajar buat dessert boleh jugak menambah kenalan.  So, kepada uols yang nak ikuti kursus-kursus pendek yang menarik rajin-rajinlah pergi ke laman web Kolej Komuniti ye...
aku dan rakan-rakan baru

1 March 2012

MY NEW BABY - SUZUKI SX4

Salam..
Malam ni nak cerita sikit je pasal my babies..Lepas habis tempoh Gantung P, aku beli kereta HONDA EG..warna hijau metalik..ada misteri pasal kereta Honda aku ni tapi kalau nak cerita panjang sangat..pointnye..kereta aku tu missing in action, ntah kat mana dia sekarang..kemudian aku sambar TOYOTA COROLLA SEG pulak warna silver..lepas 6 tahun habis bayar hutang bank, aku teringin nak pakai kereta lain, lagi pun SEG aku tu dah tua dan aku pun bukan pandai nak jaga bab kereta nie..Tapi nak jual aku sayangggg sangat kat kereta aku ni, jadik aku buat keputusan bagi je kat abang long aku pakai..sekurang-kurangnye hujung minggu balik kampung boleh gak aku testdrive dia lagi..and now..this is my new baby.. SUZUKI SX4 warna silver..so cute right?? kalau ada sesiapa nak buat club sx4, i raise my hand..