background

26 August 2013

B2B 2

Assalamualaikum...

B2B 2? kenapa ada 2 kat belakang tue? 2 tu stand for kali ke dua...hehehe

lately aku banyak google internet pasal majlis perkahwinan..al maklumlah kan kan kan.. yang aku boleh komen majlis sekarang kebanyakannya vogue de vas..

memandangkan ini kali kedua buat aku... aku rasa kecik-kecik je udah le...lagi pun budget takde.. kalau ikut hati aku ni memang nak nikah kat pejabat agama je.. bawak semua orang ke pejabat agama. lepas nikah..bawak semua sedara makan kat pizzahut ke kfc ke...pastu salam-salam sedara terus gi honeymoon... hehehe.. takpayah nak cuci pinggan mangkuk periuk bagai..hmm

aku pilih design jubah untuk majlis nikah nanti.. warna apa? PINK you.. ialah tema PURPLE dan PINK... warna taknak kalah ek..cam warna pilihan orang memuda jek...kalau ikutkan itu warna faveret adik bongsu aku.. tapi dah dia tu lambat sangat, aku pilih lah dulu.. 

kali ni takde jemputan rakan-rakan..no majlis sanding...no gambo2...

yang ada jemputan saudara terdekat sahaja..baca doa selamat dengan orang surau.. hantaran pun atas request belah lelaki, itupun 5 dulang je.. cenderahati sikit untuk sedara2 dan belah lelaki..rasanya itu pun dah memadai..walau simple bila kira kos mahunye dekat 3k gak..ada tak adik-adik yang nak sponsor?

apapun, doakan segalanya berjalan dengan lancar sehingga ke hari majlis nanti..

insya allah.. kita merancang, ALLAH juga merancang...tapi perancangan ALLAH lebih baik