background

24 March 2014

Alam kidzania

Salam uolz..

Akak baru balik dari kidzania.alhamdulillah.tercapai gak hajat nak bwk anak ke sana..seronok bukan main mengalahkan anak pulak..

Tempat nie mmg dicadangkan sgt2 utk pergi..mahal mmg mahal tp puas hati..yg tak puas hatinye cuma bab makanan yg tersgt2 melampau harganye..

Anak2 akan dpt pengalaman dan pengajaran baru..byk aktiviti yg dpt diorg lakukan disini..kalau nak listkan xtvt rasanye 3 post pun x habis..

Cuma nasihat akak sebelum kesana baca dulu tip dr blogger lain yg dh melambak sbb tips diorg sgt berguna...

Thumb up for kidzania..

21 March 2014

Burger special kampung morten

Salamzz...

hari ni nak kenalkan satu stall burger yg sempoi jek...lokasi kampung morten melaka...stall dia nie ada sedia kerusi meja, so bolehlah lepak2 sambil tgk river cruise yg menyusuri sungai....dan menu dia pun ada special sikit...tak caya tengok order saya nie...

So...sapa2 yg teringin nak rasa,meh lah ke kampung morten ni

6 March 2014

Roda Itu Berputar

Engkau sering lupa
Roda itu pasti berputar
Hari ini diatas
Esok berada di bawah

Jangan hanya ingat
Engkau sentiasa mendongak
Satu hari nanti pasti engkau tertunduk
Dan mungkin jatuh terduduk

Hari ini kau mendabik dada
Kau rasa kau yang paling berkuasa
Jangan kau lupa
Yang Maha Kuasa
Berkuasa menghantar sesiapa
Untuk kau sedar
Siapa Itu Hamba

16 February 2014

My favorite place to eat

Dear uolz..

Ari nie akak ke tempat fav makan akak dolu dolu...nailiz kat sentul...suasana best..makan best...dengan dendangan muzik lagi..yg paling best hari ni...makan bersama suami tersayang..

31 January 2014

AZAM BARU

Assalam...lama betul akak tak update blog...almaklumlah sibuk dgn kehidupan baru...azam tahu ada banyak sbb carried forward dr 10 tahun lepas yg tak tercapai2 tue...tp untuk yg berkaitan dgn blog nie nak berazam utk rerajinkan jari nie menaip di blog...insya allah

13 October 2013

KURSUS KAWIN ...SEKALI LAGI


Assalamualaikum semua...

Hari ni aku g kursus kawin..hehehe, ini kali ke dua, kiranya....kursus yang pertama dulu tak berjaya...opsss, silap,bukan kursus yg tak berjaya, tapiiiiii...akulah yang tak berjaya tue

Uozzz nak tau,,,,rupanyeee..cuma johor saja menetapkan syarat bagi perempuan yg cerai hidup nak kawin lagi sekali..kena kursus lagi sekali.....arrrggghhh...kenapa lah johooorrr..

Apa pun, byk input yg aku dapat, byk perkara yg aku perlu baiki...semoga perkahwinan kedua bagi kami berdua kali ini hingga ke akhir hayat kami, sehingga ke syurga firdaus...

AMIN

10 October 2013

think positive

Assalamualaikum..

Sebenarnya bukan senang nak memimpin...jangan kan satu jabatan..kalau diberi tanggungjawab untuk memimpin satu kelab pun bukan satu tanggungjawab yang mudah..kerana..bukan semua manusia ini dianugerahkan dengan bakat kepimpinan

dipendekkan cerita, aku ditugaskan untuk memimpin bahagian aku untuk satu jawatankuasa berkaitan 5S..aku bukan pegawai..jadik siapalah aku yang nak memberi arahan..dan siapa lah aku untuk diikuti arahannya..tapi..atas alasan apa aku dilantik pun aku tak dapat nak teka hingga sekarang...jeng jeng jeng..

apa pun, aku kena terima dengan redha tanggungjawab yang diberikan ini..maklumlah SYMP..

tapi best juga kan, jika aku anggap ini sebagai cabaran, aku boleh uji diri aku sendiri, boleh uji kemampuan diri aku dan ini jugak beri pengalaman yang baru untuk aku..

think positive.. aku boleh.. Insya allah