salammmm..
dah seminggu abah tinggalkan kami sekeluarga untuk bertemu dengan penciptanye..21hb september 2012..hari jumaat malam sabtu..jam 9:30 malam
abah pergi didepan mata aku...alhamdulillah aku temankan abah di saat saat akhirnye dan ketika itu pula mak sedang bacakan yasin..begitu mudah abah pergi,aku yakin kerana allah dah sebut penyakit itu penghapus dosa..moga2 dosa abah terampun..
background
27 September 2012
26 August 2012
hubungan yang takkan terputus
assalam..
tahun nie raya ke lima aku dah gerak ke kl nak beraya ke rumah bekas mertua aku..pakej 3 hari 2 malam..
walaupun dah bertukar status dari mak mertua kepada bekas mak mertua tetapi layanan dia terhadap aku sangat superb sama macam dulu2..aku memang respect giler kat mertua aku nie sebab diorang mmg pandai ambil hati anak menantu dan sporting habis..
aktiviti bertandang beraya ke rumah sedara tetap berjalan seperti tahun2 dulu,walau aku kini berstatus bekas menantu,dia tetap sudi bwk aku beraya ke rumah sedara2..
kalau ikutkan hati aku memang nak stay lama sikit rumah mertua aku tapi disebabkan ayah aku masuk hospital jadik aku buat keputusan untuk menyingkatkan lawatan aku nie
hari aku balik bapak mertua aku masakkan nasik ayam..khas untuk mimi katanye..lepas tue bermacam macam yang dibungkuskan utk aku..tempoyak,daun kunyit,serai,cili merah,kunyit,ulam raja..dah macam baru balik dari kebun pulak aku nie...mak mertua aku pulak dibungkuskan 5 balang biskut raya handmade tau..dan paling best my fav cake....chocolate cake
aku memang terharu sangat dengan layanan diorang terhadap aku walaupun aku hanya bekas menantu
sebelum balik bapak mertua aku pesan...janganlah nak tunggu raya baru datang sini...aku mengangguk je..mak mertua aku pulak pesan..pindahlah kl balik nanti boleh teman ibu macam dulu2 tue..aku nampak mata dia berair...aku cuma mampu peluk dia ..dan sempat dia beritahu .... janganlah putuskan hubungan ini..
28 July 2012
minggu pertama puasa
YA ALLAH..
cabaran betul minggu pertama puasa aku nie...dahlah aku kena jalankan tugas sebagai panel penemuduga yang mana ini merupakan pengalaman pertama aku sebab sebelum nie cuma jadik urusetia je...dah tue perut aku pulak buat hal start dari first day temuduga lagi sampai lah jumaat semalam...setiap pagi memulas dan cirit birit....dugaannnnnnn...
pengalaman jadik panel penemuduga nie pun best jugak..dapat melihat berbagai reaksi manusia semasa temuduga..ada yang terlalu nervous sampai bila tanya soalan simple pun tak boleh jawab..ada yang sibuk main rambut..sibuk main pen smata mata nak hilangkan nerveos....gamaknye aku pun camtu jugak dulu...
paling mengkagumkan bila mereka yang pendidikan SPM lebih hebat dari yang ada segulung IJAZAH...kuncinye senang aja...PREPARED
tapi yang menghairankan demi untuk mendapatkan satu jawatan, ada yang sanggup tidak jujur dan ada yang sanggup mendowngradekan jawatan semasa untuk join jadik penjawat awam..
memandagkan jawatan yang aku temuduga tue berkaitan kewangan maka kenalah aku bukak balik buku akaun form 5, belajar balik term term2 kewangan..almaklumlah takkan aku nak tanya soalan yang aku sendiri tak tahu jawapan..so kenalah study balik..apapun yang paling penting aku harap aku telah memilih mereka2 yang tepat untuk sama2 berkhidmat dalam perkhidmatam awam
3 June 2012
Letihnye
Assalamualaikum..
minggu yang terlalu meletihkan
Jumaat
8.30 pagi - pergi KPJ bawak bapak check up telinga
11.30 pagi - selesai..balik rumah
12.30 thari - gerak ke batu pahat. Bapak ada check up kat hospital batu pahat
1.15 thari - depan masjid, bapak singgah solat jumaat
2.30 ptg - sampai hospital BP
3.00 ptg - jumpa doktor
5.30 ptg - selesai semua
5.45 ptg - baru nak makan setelah skip lunch
7.00 mlm - sampai rumah
8.30 mlm - anto mak pergi berurut dan adik nak g cc
11.00 mlm - badan nak demam...tido
Sabtu
10.00 pagi - gerak g melaka sebab nak ambil alquran digital dan round2 melaka
6.00 ptg - gerak balik ke jb
8.00 mlm - sampai jb
9.00 mlm - tido
Ahad
10.00 pagi - pergi pontian ambil anak buah nak tengok wayang
1.00 thari - sampai di U Mall
1.45 ptg - start tengok wayang Men In Black 3
3.45 ptg - selesai..abang datang U Mall utk ambil anak2 nye dan aku ronda2
5.00 ptg - gerak balik
6.00 ptg - singgah cuci kereta
dan sekarang 10.24....NAK TIDO
Selamat Malam
minggu yang terlalu meletihkan
Jumaat
8.30 pagi - pergi KPJ bawak bapak check up telinga
11.30 pagi - selesai..balik rumah
12.30 thari - gerak ke batu pahat. Bapak ada check up kat hospital batu pahat
1.15 thari - depan masjid, bapak singgah solat jumaat
2.30 ptg - sampai hospital BP
3.00 ptg - jumpa doktor
5.30 ptg - selesai semua
5.45 ptg - baru nak makan setelah skip lunch
7.00 mlm - sampai rumah
8.30 mlm - anto mak pergi berurut dan adik nak g cc
11.00 mlm - badan nak demam...tido
Sabtu
10.00 pagi - gerak g melaka sebab nak ambil alquran digital dan round2 melaka
6.00 ptg - gerak balik ke jb
8.00 mlm - sampai jb
9.00 mlm - tido
Ahad
10.00 pagi - pergi pontian ambil anak buah nak tengok wayang
1.00 thari - sampai di U Mall
1.45 ptg - start tengok wayang Men In Black 3
3.45 ptg - selesai..abang datang U Mall utk ambil anak2 nye dan aku ronda2
5.00 ptg - gerak balik
6.00 ptg - singgah cuci kereta
dan sekarang 10.24....NAK TIDO
Selamat Malam
25 May 2012
25 Mei 2010 dan 2012
25 mei 2010
Esok
boleh kah aku?
mampu kah aku?
sapa nak tolong kalau aku susah?
sapa nak tolong kalau aku sakit?
Ya Allah.. kenapa aku?
persoalan yang tak berhenti diminda..
ketika itu akal pun tak boleh nak menjawab..
hanya nafsu..tangisan..
aku lupa ini ujian untuk ku..
aku marah dengan takdir yang berlaku..
25 mei 2012
Esok
hari esok akan lebih indah
hari esok untuk aku menjadikan aku yang lebih baik
aku menuju jalan yang ingin ku tuju
yang telah lama aku tinggalkan
baru aku sedar
ada hikmahnya disebaliknya..
Dia keluarkan aku dari keperitan hidupku
memberi peluang untuk aku perbaiki diri ku sendiri
Dia ingin aku kembali kejalanNya
Dia ingin aku bergantung padaNya
Ya Allah..kau bantulah aku
aku serahkan segala urusan ku di dunia ini kepada mu Ya Allah
aku bersyukur dengan apa jua yang kau berikan pada aku pada hari ini
Esok
boleh kah aku?
mampu kah aku?
sapa nak tolong kalau aku susah?
sapa nak tolong kalau aku sakit?
Ya Allah.. kenapa aku?
persoalan yang tak berhenti diminda..
ketika itu akal pun tak boleh nak menjawab..
hanya nafsu..tangisan..
aku lupa ini ujian untuk ku..
aku marah dengan takdir yang berlaku..
25 mei 2012
Esok
hari esok akan lebih indah
hari esok untuk aku menjadikan aku yang lebih baik
aku menuju jalan yang ingin ku tuju
yang telah lama aku tinggalkan
baru aku sedar
ada hikmahnya disebaliknya..
Dia keluarkan aku dari keperitan hidupku
memberi peluang untuk aku perbaiki diri ku sendiri
Dia ingin aku kembali kejalanNya
Dia ingin aku bergantung padaNya
Ya Allah..kau bantulah aku
aku serahkan segala urusan ku di dunia ini kepada mu Ya Allah
aku bersyukur dengan apa jua yang kau berikan pada aku pada hari ini
17 May 2012
benar kah kata orang...
kalau kita sedang ingatkan seseorang..orang itu juga sedang mengingati kita
Subscribe to:
Posts (Atom)
