background

6 March 2012

Al kisah sahabat Aku

Hari ni aku melawat seorang kawan yang kena kanser kelenjar..kawasan hospital yang sunyi pun dah buat hati aku sayu dengan penderitaan yang dialami oleh manusia-manusia yang sedang diuji oleh Allah ini..Masa kami sampai, dia sedang tido dek penangan ubat tahan sakit hospital..kawan aku ni memang sedang dalam rawatan kemo tetapi dia dah demam beberapa hari, husband kawan aku ni beritahu semalam diorang ke hospital untuk buat check up tetapi kerana badan dia terlalu lemah, dia terus pengsan depan doktor, tu yang kena tahan wad..

Sesekali, terlihat dia buka mata tapi ditutup semula, mungkin masih kuat penangan ubatnya..dalam setengah jam baru dia buka mata semula..korang tahu apa ayat yang keluar dari mulut dia..dengan lemahnya ..."eh, korang datang..korang semua sihat ke?"...Ya Allah, terus menitik air mata aku..bayangkanlah yang sakit adalah dia..tak sempat kami tanya khabar dia, dia dah tanya kami dulu..Selayaknya kawan aku ini diuji sebegini sesungguhnya dia mampu...



رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”. (al-Baqarah:286)

No comments: