background

3 March 2012

Resipi Strawberry Mousse

Base 
Strawberry Mousse
1 biji sponge kek atau biskut oreo

Filing
3 biji kuning telur
70 gm gula castor
100 ml susu segar
1 sudu kecil pes strawberry
Pewarna Merah
250 gm krim putar
2 biji buah strawberry

24 gm gelatin (pastikan jenis powder dan halalgel) dicampurkan dengan 50 ml air 
(larutkan gelatin dengan kaedah double boiler)

Strawberry sos
Blend buah strawberry dengan air dan masak atas dapur
Masukkan gula mengikut rasa manis kesesuaian anda
Pekatkan dengan tepung jagung


Cara buat :
1. Gunakan sponge cake sebagai tapak kepada mousse.
2. Di dalam mangkuk pemutar, pukul kuning telur dan gula sehingga sebati (tak perlu kembang).
3. Masukkan susu segar, pewarna dan pes strawberry. Gaul sebati.
4. Masukkan krim putar yang telah dipukul agak kental.
5. Akhir sekali masukkan gelatin dan kacau sebati.
6. Letakkan adunan diatas base kemudian sejukkan selama 3 jam.
7. Keluarkan dari peti asi dan boleh dihias dengan strawberry sos.

SELAMAT MENCUBAAA..


Aktiviti Hujung Minggu Belajar Buat Dessert

Salam..

Hari ni aku join kelas buat dessert kat Kolej Komuniti Pasir Gudang..Yuran RM10.00 dan kos bahan sebanyak RM25.00..Kelas start dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang.  
Aku dengan marjerin dan gula
Hari ni kami belajar buat 4 masakan/dessert.
i. Strawberry Mousse
ii. Baklava
iii. Creme Brulee
iv.Blueberry Muffin
Nanti aku buat entry 4 resepi di atas ye.  
Seronok gak kelas ni, disamping belajar buat dessert boleh jugak menambah kenalan.  So, kepada uols yang nak ikuti kursus-kursus pendek yang menarik rajin-rajinlah pergi ke laman web Kolej Komuniti ye...
aku dan rakan-rakan baru

1 March 2012

MY NEW BABY - SUZUKI SX4

Salam..
Malam ni nak cerita sikit je pasal my babies..Lepas habis tempoh Gantung P, aku beli kereta HONDA EG..warna hijau metalik..ada misteri pasal kereta Honda aku ni tapi kalau nak cerita panjang sangat..pointnye..kereta aku tu missing in action, ntah kat mana dia sekarang..kemudian aku sambar TOYOTA COROLLA SEG pulak warna silver..lepas 6 tahun habis bayar hutang bank, aku teringin nak pakai kereta lain, lagi pun SEG aku tu dah tua dan aku pun bukan pandai nak jaga bab kereta nie..Tapi nak jual aku sayangggg sangat kat kereta aku ni, jadik aku buat keputusan bagi je kat abang long aku pakai..sekurang-kurangnye hujung minggu balik kampung boleh gak aku testdrive dia lagi..and now..this is my new baby.. SUZUKI SX4 warna silver..so cute right?? kalau ada sesiapa nak buat club sx4, i raise my hand..



28 February 2012

DOA UNTUK MENJADI ORANG YANG SABAR

"Ya Tuhan Kami, Kurniakanlah Kesabaran Ke Atas Diri Kami, Dan Tetapkanlah Pendirian Kami Dan Tolonglah Kami Diatas Menghadapi Orang-Orang Kafir - Surah Al-Baqarah 250" 

Sepanjang hidup aku, inilah kali pertama aku mendapat rakan begini sombong dan ego..bila mintak tolong jawabnye..tengoklah dulu..nantilah kalau ada masa..bila aku bercakap dengan dia, muka aku pun dia tak pandang langsung..dia cuma bercakap baik dengan aku bila dia ada kepentingan sahaja..takpe..aku akan tetap bersabar dan bersabar...akan terus berdepan dengan dia seolah-olah tiada hati yang terasa dan tiada jiwa yang terluka..


26 February 2012

hujung minggu bersama adik adik

Rasa  puas pulak minggu nie sebab dapat meluangkan masa bersama adik adik aku..sebenarnya bukan apa, dah lama plan nak spent time ngan diorang tapi ada je halangannye..dalam kul 12.00 thari, aku ajak adik-adik aku (zura, acik ngan alin) termasuk anak-anak buah aku keluar g bandar..ingat nak ajak abang ngah aku  ikut sekali dengan niat bolehlah aku pau dia..tapi entah mana dia pergi..tetiba je hilang..dating agaknya..
akulah driver itu
inilah pemain-pemain nya

Kitorang g kluang mall je..sebab senang, kat situ semua ada..sekali jalan orang kata..mula-mula main bowling, tapi yang main aku ngan zura je..achik tu tak boleh nak main, sebab kesihatan tak mengizinkan..aku suh gak dia tolak bola tu pakai kaki..but he refused to..same goes to alin, agaknye semua bola kat situ takde saiz dia gamaknye..tp paling aku tak boleh lupa masa nak baling bola yang berat tu boleh pulak terlepas dan tergolek kat kebelakang..Ya Allah, malu nye, nasib baik adik-adik aku pun gelak2 cover je, takut aku tinggalkan diorang lah tue..aku dulu terrer main tapi lepas operate cyst ada dalam 4 tahun dah aku tak pegang bola bowling..kiranya aku baru nak warmup lah hari ni..untuk zura..lain kali kita repeat lagi..stokin tolong simpan ek..


Lepas tue kitorang g karok..adik aku achik memang dari dulu suka kalau aku ajak karok..semua lagu yang orang pilih dia sibuk nak nyanyi..tapi kali ni si zura pulak tak berapa nak join sebab dia ni alim sikit..suara tu aurat dia kata..hehehe
walau bilik sedikit buruk, tapi sound system boleh tahan

pas menyumbangkan suara barulah rasa lapo, kitorang makan kat kedai pakcik sorang nie..tempat ni memang favorite pot makan kitorang..pakcik ni kalau buat nasik goreng, korang mintaklah nasik goreng apa pun, memang pedas giler, boleh cirit rasanye..tapi boleh tahanlah masakan dia.

sebelum balik kitorang singgah shopping kat econsave dulu then beli goreng pisang makan kat rumah..lepas kenyang baru lah aku balik JB..Untuk adik-adik aku dan anak-anak buah aku..thanks for supporting me and make me POKAI..




24 February 2012

Endometreosis/Senggugut

Endometreosis? 

Yang aku tahu sejak aku muda lagi aku dah selalu sangat kena SENGGUGUT..masa tue aku form 3 duk asrama Sek. Vok. Perdagangan..masih aku ingat lagi, kakak senior aku tolong isikan air panas dalam botol kaca....pastu lurutkan botol kaca isi air panas tadi atas perut aku dgn beralaskan kain batik....tapi masa sekolah dulu masih boleh tahan lagi sakitnye..
aku, rakan-rakan dan senior

Makin teruk bila aku sekolah kat Politeknik Ungku Omar..sakitnye bila datang bulan cuma Dia yang tahu..bisanye cam ada benda yang menghiris dalam perut nie..tapi waktu nie dah tak pakai air panas dalam botol..kata orang makin dewasa makin matang fikiran kan?? so, aku guna lah IRON untuk legakan perut aku..bijak..bijak

Makin teruk lagi bila aku dah berkerjaya..dalam sebulan mesti aku ambil cuti sakit..terpaksa.. sakit senggugut waktu ni dah sampai tahap tak boleh berjalan tegak sebab dari pinggang ke kaki rasa tegang..perut jangan cakaplah bisanye..dah sampai cirit birit..dah sampai muntah2..cycle waktu datang bulan aku memang teratur..26 hari mesti period..debaran nak menunggu hari ke 26 tu tuhan je yang tahu..Ya Allah, camne pulak sakit bulan nie..

Tapi yang peliknye, kalau bukan waktu datang bulan pun perut aku sakit dan ada ketika perut aku akan cramp dalam beberapa minit..something wrong somewhere aku kata dalam hati sendiri..setiap kali aku pergi klinik atau hospital doktor akan bagi alasan..angin dalam perut,usus berbelit dan entah apa aku pun tak ingat..

Sampai lah satu masa ..satu hari..aku baru melangkah keluar dr rumah dengan niat nak g window shopping..tak berapa langkah tiba2 aku rasa pitam, perut aku macam kena tsunami..dengan kudrat yang ada aku patah balik masuk rumah dan terus ..muntah.. member aku terus hantar aku pegi hospital besar seremban..pastu aku pun dah tak ingat dalam menahan kesakitan tue..yang aku sedar..aku dah masuk wad..

2 hari lepas kena tahan, doktor cakap aku ada Endometreocyst..cyst aku dah besar 6cm..bahaya kalau tak buang..doktor benarkan aku balik tapi kena masuk wad semula dalam tempoh 3 minggu (kalau tak silap) lagi untuk operate..esoknye aku dibenarkan balik..

tunggu..sambungan ke 2..



23 February 2012

Tiada Duka Yang Abadi - Opick

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantai mu selamanya
Malam kan berakhir
Harikan berganti
Takdir hidup kan dijalani


Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindu tanda cinta dijalan Nya
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya


Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti 
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hambamu ini


Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani