background

8 March 2012

Kelas J Robik Untuk Orang Johor

Salam..
Esok hari jumaat..as usual, hari jumaat aku pergi kelas aerobik..kat sini aku diajar step J robik..untuk makluman kengkawan J robik atau Johor Robik ni stepnya berasaskan tarian Zapin, Silat, Tai Chi, Aikido dan Silambam...banyak jugak rutin yang perlu aku hafal..tapi takpe, kalau tak ingat step pun bukannye kena marah..kelas ni sekadar untuk aku keluarkan peluh dan having some fun setelah seminggu duk kat opis mengadap komputer..Semoga aku sihat sentiasa..Amin

For those yang tak pernah tengok J Robik aku link kan kat bawah..tapi cuma dapat part tarian Zapin je

6 March 2012

Al kisah sahabat Aku

Hari ni aku melawat seorang kawan yang kena kanser kelenjar..kawasan hospital yang sunyi pun dah buat hati aku sayu dengan penderitaan yang dialami oleh manusia-manusia yang sedang diuji oleh Allah ini..Masa kami sampai, dia sedang tido dek penangan ubat tahan sakit hospital..kawan aku ni memang sedang dalam rawatan kemo tetapi dia dah demam beberapa hari, husband kawan aku ni beritahu semalam diorang ke hospital untuk buat check up tetapi kerana badan dia terlalu lemah, dia terus pengsan depan doktor, tu yang kena tahan wad..

Sesekali, terlihat dia buka mata tapi ditutup semula, mungkin masih kuat penangan ubatnya..dalam setengah jam baru dia buka mata semula..korang tahu apa ayat yang keluar dari mulut dia..dengan lemahnya ..."eh, korang datang..korang semua sihat ke?"...Ya Allah, terus menitik air mata aku..bayangkanlah yang sakit adalah dia..tak sempat kami tanya khabar dia, dia dah tanya kami dulu..Selayaknya kawan aku ini diuji sebegini sesungguhnya dia mampu...



رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”. (al-Baqarah:286)

5 March 2012

Resipi Blueberry Muffin

Bahan-bahan
1. 250 gm tepung naik sendiri
2. 100 gm butter
3. 150 gm gula kastor
4. 2 biji telur
5. 60 ml susu segar
6. 100 gm blueberry filing


Cara buat
1. Pukul butter dan gula - x perlu kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
3. Masukkan tepung selang seli dengan gula ke dalam adunan tadi
4. Campurkan blueberry filing  ke dalam adunan
5. Masukkan adunan ke dalam cawan (isi 3/4 cawan) dan sedia untuk dibakar


Bakar dalam suhu 180c selama 20 minit


Selamat Mencuba 

4 March 2012

Kelas Asas Tarian Percuma di Johor Bahru

Salam.. 

uols tahu tak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negari Johor ada buat kelas belajar asas tarian secara percuma bermula pada 3 Mac 2012..aku dengan budak2 rumah sewa aku join kelas ni tadi..Cikgu Yus hari ni ajar kami basic step untuk joget..seronok..berpeluh-peluh dan terkial-kial jugak aku n the gang nak hafal step..nasib baik Cikgu Yus tak garang.

Oleh kerana hari ni adalah first day class, jadi tak ramai sangat yang join..orang dewasa ada 4 orang dan kanak2 dalam 9 orang..so, kepada orang2 johor yang takde apa2 aktiviti dihari ahad, bolehlah join sekali...JOM


3 March 2012

Resipi Strawberry Mousse

Base 
Strawberry Mousse
1 biji sponge kek atau biskut oreo

Filing
3 biji kuning telur
70 gm gula castor
100 ml susu segar
1 sudu kecil pes strawberry
Pewarna Merah
250 gm krim putar
2 biji buah strawberry

24 gm gelatin (pastikan jenis powder dan halalgel) dicampurkan dengan 50 ml air 
(larutkan gelatin dengan kaedah double boiler)

Strawberry sos
Blend buah strawberry dengan air dan masak atas dapur
Masukkan gula mengikut rasa manis kesesuaian anda
Pekatkan dengan tepung jagung


Cara buat :
1. Gunakan sponge cake sebagai tapak kepada mousse.
2. Di dalam mangkuk pemutar, pukul kuning telur dan gula sehingga sebati (tak perlu kembang).
3. Masukkan susu segar, pewarna dan pes strawberry. Gaul sebati.
4. Masukkan krim putar yang telah dipukul agak kental.
5. Akhir sekali masukkan gelatin dan kacau sebati.
6. Letakkan adunan diatas base kemudian sejukkan selama 3 jam.
7. Keluarkan dari peti asi dan boleh dihias dengan strawberry sos.

SELAMAT MENCUBAAA..


Aktiviti Hujung Minggu Belajar Buat Dessert

Salam..

Hari ni aku join kelas buat dessert kat Kolej Komuniti Pasir Gudang..Yuran RM10.00 dan kos bahan sebanyak RM25.00..Kelas start dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang.  
Aku dengan marjerin dan gula
Hari ni kami belajar buat 4 masakan/dessert.
i. Strawberry Mousse
ii. Baklava
iii. Creme Brulee
iv.Blueberry Muffin
Nanti aku buat entry 4 resepi di atas ye.  
Seronok gak kelas ni, disamping belajar buat dessert boleh jugak menambah kenalan.  So, kepada uols yang nak ikuti kursus-kursus pendek yang menarik rajin-rajinlah pergi ke laman web Kolej Komuniti ye...
aku dan rakan-rakan baru

1 March 2012

MY NEW BABY - SUZUKI SX4

Salam..
Malam ni nak cerita sikit je pasal my babies..Lepas habis tempoh Gantung P, aku beli kereta HONDA EG..warna hijau metalik..ada misteri pasal kereta Honda aku ni tapi kalau nak cerita panjang sangat..pointnye..kereta aku tu missing in action, ntah kat mana dia sekarang..kemudian aku sambar TOYOTA COROLLA SEG pulak warna silver..lepas 6 tahun habis bayar hutang bank, aku teringin nak pakai kereta lain, lagi pun SEG aku tu dah tua dan aku pun bukan pandai nak jaga bab kereta nie..Tapi nak jual aku sayangggg sangat kat kereta aku ni, jadik aku buat keputusan bagi je kat abang long aku pakai..sekurang-kurangnye hujung minggu balik kampung boleh gak aku testdrive dia lagi..and now..this is my new baby.. SUZUKI SX4 warna silver..so cute right?? kalau ada sesiapa nak buat club sx4, i raise my hand..