background

28 July 2012

minggu pertama puasa



YA ALLAH..

cabaran betul minggu pertama puasa aku nie...dahlah aku kena jalankan tugas sebagai panel penemuduga yang mana ini merupakan pengalaman pertama aku sebab sebelum nie cuma jadik urusetia je...dah tue perut aku pulak buat hal start dari first day temuduga lagi sampai lah jumaat semalam...setiap pagi memulas dan cirit birit....dugaannnnnnn...

pengalaman jadik panel penemuduga nie pun best jugak..dapat melihat berbagai reaksi manusia semasa temuduga..ada yang terlalu nervous sampai bila tanya soalan simple pun tak boleh jawab..ada yang sibuk main rambut..sibuk main pen smata mata nak hilangkan nerveos....gamaknye aku pun camtu jugak dulu...

paling mengkagumkan bila mereka yang pendidikan SPM lebih hebat dari yang ada segulung IJAZAH...kuncinye senang aja...PREPARED

tapi yang menghairankan demi untuk mendapatkan satu jawatan, ada yang sanggup tidak jujur dan ada yang sanggup mendowngradekan jawatan semasa untuk join jadik penjawat awam..

memandagkan jawatan yang aku temuduga tue berkaitan kewangan maka kenalah aku bukak balik buku akaun form 5, belajar  balik term term2 kewangan..almaklumlah takkan aku nak tanya soalan yang aku sendiri tak tahu jawapan..so kenalah study balik..apapun yang paling penting aku harap aku telah memilih mereka2 yang tepat untuk sama2 berkhidmat dalam perkhidmatam awam

3 June 2012


Letihnye

Assalamualaikum..


minggu yang terlalu meletihkan


Jumaat 
8.30 pagi - pergi KPJ bawak bapak check up telinga
11.30 pagi - selesai..balik rumah
12.30 thari - gerak ke batu pahat.  Bapak ada check up kat hospital batu pahat
1.15 thari - depan masjid, bapak singgah solat jumaat
2.30 ptg - sampai hospital BP
3.00 ptg - jumpa doktor
5.30 ptg - selesai semua
5.45 ptg - baru nak makan setelah skip lunch
7.00 mlm - sampai rumah
8.30 mlm - anto mak pergi berurut dan adik nak g cc
11.00 mlm - badan nak demam...tido


Sabtu
10.00 pagi - gerak g melaka sebab nak ambil alquran digital dan round2 melaka
6.00 ptg - gerak balik ke jb
8.00 mlm - sampai jb
9.00 mlm - tido


Ahad
10.00 pagi - pergi pontian ambil anak buah nak tengok wayang
1.00 thari - sampai di U Mall 
1.45 ptg - start tengok wayang Men In Black 3
3.45 ptg - selesai..abang datang U Mall utk ambil anak2 nye dan aku ronda2
5.00 ptg - gerak balik
6.00 ptg - singgah cuci kereta
dan sekarang 10.24....NAK TIDO


Selamat Malam





25 May 2012

25 Mei 2010 dan 2012

25 mei 2010

Esok
boleh kah aku?
mampu kah aku?
sapa nak tolong kalau aku susah?
sapa nak tolong kalau aku sakit?

Ya Allah.. kenapa aku?
persoalan yang tak berhenti diminda..
ketika itu akal pun tak boleh nak menjawab..
hanya nafsu..tangisan..

aku lupa ini ujian untuk ku..
aku marah dengan takdir yang berlaku..

25 mei 2012

Esok
hari esok akan lebih indah
hari esok untuk aku menjadikan aku yang lebih baik
aku menuju jalan yang ingin ku tuju
yang telah lama aku tinggalkan

baru aku sedar
ada hikmahnya disebaliknya..
Dia keluarkan aku dari keperitan hidupku
memberi peluang untuk aku perbaiki diri ku sendiri
Dia ingin aku kembali kejalanNya
Dia ingin aku bergantung padaNya

Ya Allah..kau bantulah aku
aku serahkan segala urusan ku di dunia ini kepada mu Ya Allah
aku bersyukur dengan apa jua yang kau berikan pada aku pada hari ini



17 May 2012

benar kah  kata orang...

kalau kita sedang ingatkan seseorang..orang itu juga sedang mengingati kita


12 May 2012

Maha Melihat ~~ opick


Seiring waktu berlalu... tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku... jalan ditakdirku

tiada satu tersembunyi... tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi... engkaulah saksinya

kau yang maha mendengar... kau yang maha melihat
kau yang maha pemaaf... padamu hati bertaubat

kau yang maha pengasih... kau yang maha penyayang
kau yang maha pelindung... pada mu semua bergantung

yang dicinta kan pergi... yang didambarkan hilang
hidup kan terus berjalan... meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang... waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali... hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa... kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa... mesti dengan air mata




11 May 2012

UNTUK AKU



kadang2 apa yang kita mintak 
allah tak beri


apa yang kita mohon
allah tak tunaikan


apa yang kita buat 
allah tak permudahkan


redhalah 
sabarlah
senyumlah 
dan menangislah
semoga segala kesedihan gugur bersama air mata
semoga esok kembali ceria


ingatlah
sesungguhnya allah ada buat kita
telah diaturkan segalanya
untuk menjadikan kita lebih dekat kepadanya